Tuesday, March 8, 2011

Hujan oh Lesen........

Hari ni first day, first time aku sambung lesen motor aku.... aku dapat lesen L motor (motosikal) pada tahun 2009.. kira dalam setahun lebih r aku x bawak motor kt sekolah memandu tu... kalu kt kampung mmg selalu la meronda dgn motor... bawak motor tanpa lesen... hehe...  awal2 lagi aku dah booking motor abg aku nak bawak ke sekolah memandu tu... kena bawak motor sendiri sbb x ada orang nak hantar.. terpaksa la aku pergi beli pelekat L nak lekat kt motor sbb salah di sisi undang2 kalu x letak pelekat L.. nanti silap hari bulan kena tahan dgn polis hangus camtu je lesen L aku..huhu.. . Kad belajar motor aku dah mintak tolong cikgu yang ajar aku kereta dulu letakkan (aku dh dapat lesen memandu lesen D pada pertengahan 2010, lesen motor blum lagi, tp aku takut nk bawak kereta berbanding motor, sesetengah tu berani bawak kereta berbanding motor... ) aku mintak tolong cikgu letakkan sebab hajatnya nk buat awal dalam pukul 8 pg... kiranya macam booking la... cikgu aku letak petang sebelumnya... kiranya dalam pukul 8 am tu turn aku la... kalu aku letak sendiri, katakan dalam pukul 8, pukul 11, 12 tghari baru sampai turn aku... lama tu kena tunggu... buang masa kn...
Pagi2 aku dh bangun semata2 nak p buat lesen.. awal sangat xde la.. dalam pukul 7 am.. biasa la bila ALLAH bagi cuti, pukul 7 tu kira awal la kn..huhu.. bila aku dh siap berpakaian semua.. tetiba hujan turun dengan lebatnya....... aku rungsing gak masa tu... mcm mana nak p blajar motor ni... dh la kena bawak motor yang tertera besar lesen "L" tu..... kalu x pergikan cikgu dh letak kad belajar... tunggu punya tunggu.. dh pukul 8 am tp hujan x henti lagi.... aku pun buat la mka kesian kt abg aku.... abg aku keje ari tu... tp tauke kn... huhu... dia cakap meh (mari) dia hantarkan... So... abg aku hantar aku p sekolah memandu... x payah aku bawak motor sendiri.. kalu aku bawak motor adalah dalam 20-30 minit dari rumah aku ke sekolah memandu..
sampai je kt sekolah memandu tu, org dh nk mula belajar... hurm... nampak gaya, aku terlepas belajar pukul 8 am.. turn aku pukul 10 am... time ni masih hujan lagi.. hujan sekejap turun, sekejap stop....
Macam biasala kan kalu belajar motor kenalah pakai helmet.. aku x bawak pun helmet.. aku guna yang sedia ada je kt sini walaupun agak berbau...hehe...paham2 jelah... berapa kepala guna helmet yang sama...
Tiba la turn aku pukul 10 am... aku dh x ingat dh litar tu, kt mana nk guna gear 2, gear 3... kat mana nak kena lambai guna tangan... aku hentam je.. aku buat suka suki aku je... aku layan je.... masa ni hujan turun tp xdela lebat sangat... nak x nak selagi cikgu x panggil berhenti, terpaksala bawak motor dalam hujan.... basah lencun jugak la baju.... Disebabkan x ingat, tanpa segan dan silu aku tanya je org2 yang boleh aku tanya.. tanya, masa ni nk guna gear berapa... kt mana nk kena lambai... berapa kali nak lambai.... walaupun aku x kenal pun dieorang, tp terpaksa tebalkan muka untuk bertanya.. yelah kn " malu bertanya sesat jalan " kn....  masa bawak motor tu.. aku tertunggu2.. bila la cikgu nak panggil ni suruh berhenti... penat gak kot 1 jam bawak motor pusing2 lam litar..... Akhirnya penantian aku berakhir jugak.. cikgu dh panggil suruh berhenti.. Alhamdulillah..... walaupun basah dgn hujan.. 1 jam dah habis.. berbaki lagi 7 jam untuk praktis sebelum QTI dan diuji oleh JPJ... then bila dh selesai semua, simpan motor tempat parking, tandatangan kad belajar memandu, aku pun call abg aku suruh ambk aku and then hantar kt umah... lama jugak la tunggu abg aku datang.. maklumlah..keje kn.. tp bersyukur dia nak hantar, aku x terpaksa aku bawak motor sediri...............





                 Motosikal camni la aku bawak.... agak tinggi jugaklah untuk aku yang bersaiz kecil ni......huhu


Pelekat L aku beli xdela sebesar ini... mau x malu kalu sebesar ni..ishkishkishk........

No comments:

Post a Comment