Thursday, March 10, 2011

Lirik lagu yang patut diinsafi.. Taubat seorang Hamba


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Wednesday, March 9, 2011

lirik yang patut dihayati



Maher Zain.- InsyaALLAH

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu


Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Hidup hanyalah pinjaman

~Tiada apa yang kekal dalam hidup ini........... Semuanya adalah pinjaman dari ALLAH SWT.... Setelah sampai saatnya,samapi ketikanya  ALLAH akan mengambil semula hakNYA.......... di saat itu, tiada apa2 yang mampu menghalang.......... Semasa berada di alam rahim lagi kita dah buat perjanjian dgn ALLAH iaitu kita akan beribadat padaNYA... kita akan bersujud padaNYA.........kita akan patuhi segala perintahnyaNYA.............

Tapi kini.......... Setelah mempunyai segalanya.....rumah.....duit........pekerjaan........ adakah kita tunaikan janji kita pada ALLAH SWT???????????........... Kebanyakkan kita lalai........ alpa.......... dengan nikmat yang ALLAH berikan.......... sedangkan apa yang kita ada pada hari ini adalah pinjaman dari NYA semata2............

Bersyukurlah dgn segala kurniaan ALLAH pada kita............ Tadahkan tangan........ lafazkanlah ALHAMDULILLAH.........dengan penuh rasa syukur kepada ALLAH SWT..........dgn penuh rasa kehambaan....... Bila nikmat yang diberi ditarik balik.........tiada lagi gunanya penyesalan..........

Hargailah apa yang kita ada........ harta, wang, pangkat.....tp yang paling utama........ orang yang ada disekeliling kita..........keluarga kita.....sanak-saudara kita......orang2 yang menyayangi kita.......... orang yang sentiasa mendoakan kita........i love my family..... Terima kasih Ya ALLAH kurniakan aku sebuah keluarga yang bahagia.......ALHAMDULILLAH.........

Tuesday, March 8, 2011

Hujan oh Lesen........

Hari ni first day, first time aku sambung lesen motor aku.... aku dapat lesen L motor (motosikal) pada tahun 2009.. kira dalam setahun lebih r aku x bawak motor kt sekolah memandu tu... kalu kt kampung mmg selalu la meronda dgn motor... bawak motor tanpa lesen... hehe...  awal2 lagi aku dah booking motor abg aku nak bawak ke sekolah memandu tu... kena bawak motor sendiri sbb x ada orang nak hantar.. terpaksa la aku pergi beli pelekat L nak lekat kt motor sbb salah di sisi undang2 kalu x letak pelekat L.. nanti silap hari bulan kena tahan dgn polis hangus camtu je lesen L aku..huhu.. . Kad belajar motor aku dah mintak tolong cikgu yang ajar aku kereta dulu letakkan (aku dh dapat lesen memandu lesen D pada pertengahan 2010, lesen motor blum lagi, tp aku takut nk bawak kereta berbanding motor, sesetengah tu berani bawak kereta berbanding motor... ) aku mintak tolong cikgu letakkan sebab hajatnya nk buat awal dalam pukul 8 pg... kiranya macam booking la... cikgu aku letak petang sebelumnya... kiranya dalam pukul 8 am tu turn aku la... kalu aku letak sendiri, katakan dalam pukul 8, pukul 11, 12 tghari baru sampai turn aku... lama tu kena tunggu... buang masa kn...
Pagi2 aku dh bangun semata2 nak p buat lesen.. awal sangat xde la.. dalam pukul 7 am.. biasa la bila ALLAH bagi cuti, pukul 7 tu kira awal la kn..huhu.. bila aku dh siap berpakaian semua.. tetiba hujan turun dengan lebatnya....... aku rungsing gak masa tu... mcm mana nak p blajar motor ni... dh la kena bawak motor yang tertera besar lesen "L" tu..... kalu x pergikan cikgu dh letak kad belajar... tunggu punya tunggu.. dh pukul 8 am tp hujan x henti lagi.... aku pun buat la mka kesian kt abg aku.... abg aku keje ari tu... tp tauke kn... huhu... dia cakap meh (mari) dia hantarkan... So... abg aku hantar aku p sekolah memandu... x payah aku bawak motor sendiri.. kalu aku bawak motor adalah dalam 20-30 minit dari rumah aku ke sekolah memandu..
sampai je kt sekolah memandu tu, org dh nk mula belajar... hurm... nampak gaya, aku terlepas belajar pukul 8 am.. turn aku pukul 10 am... time ni masih hujan lagi.. hujan sekejap turun, sekejap stop....
Macam biasala kan kalu belajar motor kenalah pakai helmet.. aku x bawak pun helmet.. aku guna yang sedia ada je kt sini walaupun agak berbau...hehe...paham2 jelah... berapa kepala guna helmet yang sama...
Tiba la turn aku pukul 10 am... aku dh x ingat dh litar tu, kt mana nk guna gear 2, gear 3... kat mana nak kena lambai guna tangan... aku hentam je.. aku buat suka suki aku je... aku layan je.... masa ni hujan turun tp xdela lebat sangat... nak x nak selagi cikgu x panggil berhenti, terpaksala bawak motor dalam hujan.... basah lencun jugak la baju.... Disebabkan x ingat, tanpa segan dan silu aku tanya je org2 yang boleh aku tanya.. tanya, masa ni nk guna gear berapa... kt mana nk kena lambai... berapa kali nak lambai.... walaupun aku x kenal pun dieorang, tp terpaksa tebalkan muka untuk bertanya.. yelah kn " malu bertanya sesat jalan " kn....  masa bawak motor tu.. aku tertunggu2.. bila la cikgu nak panggil ni suruh berhenti... penat gak kot 1 jam bawak motor pusing2 lam litar..... Akhirnya penantian aku berakhir jugak.. cikgu dh panggil suruh berhenti.. Alhamdulillah..... walaupun basah dgn hujan.. 1 jam dah habis.. berbaki lagi 7 jam untuk praktis sebelum QTI dan diuji oleh JPJ... then bila dh selesai semua, simpan motor tempat parking, tandatangan kad belajar memandu, aku pun call abg aku suruh ambk aku and then hantar kt umah... lama jugak la tunggu abg aku datang.. maklumlah..keje kn.. tp bersyukur dia nak hantar, aku x terpaksa aku bawak motor sediri...............





                 Motosikal camni la aku bawak.... agak tinggi jugaklah untuk aku yang bersaiz kecil ni......huhu


Pelekat L aku beli xdela sebesar ini... mau x malu kalu sebesar ni..ishkishkishk........

Sunday, March 6, 2011

Bertudung tapi seksi

Bertudung tapi seksi... 1 topik yang menarik yang dibincangkan dalam satu program bicara bual yang disiarkan di salah satu televisyen swasta pada 7.3.2011.... menarik tajuknya....
Kebanyakkan orang pada hari ni jadikan tudung sebagai fesyen dan bukannya sebagai satu perintah yang wajib dilaksanakan.... Tp tidaklah semua...
Memang tak dinafikan.. pada masa sekarang pelbagai jenis tudung di pasaran yang boleh digayakan dengan pelbagai cara dan gaya..ada  tudung bawal, syria. shawl.. macam2 lagi la...
Ada sesetengah orang tu kata " alah, orang pakai tudung tu bukannya baik sangat...pemakaian tak mencerminkan apa2... yang penting hati .." ..
Rasullah pernah berkata.... " Kehebatan dalaman seseorang terletak pada hati.... dan kehebatan luaran seseorang juga terletak pada hati " So............ jika luaran sudah tidak dijaga tidak ditutup..macam mana hendak dikatakan baik... myb something wrong somewhere la kot... sudah diperintahkan bahawa menutup aurat adalah wajib bagi umat islam..
Menutup aurat bukanlah sekadar menutup kepala.. tetapi menutup seluruh anggota tubuh..
bagi seorang perempuan, anggota yang boleh didedahkan adalah hanyalah muka dan tapak tangan....
aku teringat ceramah yang disampaikan oleh sorang ustaz ni masasambutan  maulidurrasul baru2 ni.........
ustaz ni cakap..." Nabi mengajar kita menutup aurat, bukan membungkus aurat"... faham btul2... terdapat perbezaan antara menutup aurat dengan membungkus aurat...
Menutup aurat disini bermaksud memakai pakaian yang longgar, tidak menampakkan bentuk badan..
Membungkus aurat adalah kita tutup aurat tapi dengan membungkus, menutup tp nampak bentuk badan...
Lihatlah, perhatikanlah bila artis2 Malaysia kita, sebangsa kita, seagama kita menutup aurat.. bertudung... alangkah manisnya mereka.....

manisnya elyana


cantiknya Lisa Surihani

Anggunnya Catriona

Manisnya Aida

Lawanya Farah

sopannya Fasha

Ayunya Maya Karin

pesonanya Nora Danish

                                                      cantiknya Siti Nurhaliza







Saturday, March 5, 2011

Berlari mengejar cinta......

Pengalaman bertugas di wad psikiatri memang tak dapat di lupakan..... keletah mereka buat kita tak kering gusi ketawa...... Setiap pagi, setelah makan ubat.... mereka2 ini (mewakili pesakit psikiatri) akan bersenam......
Bersenam merupakan satu cara untuk merelakskan minda......... semasa bersenam sejenis hormon dibebaskan dikenali sebagai hormon endorfin....hormon endorfin ini membuatkan kita rasa gembira, suka, dan dapat menenangkan kita....... semasa tgh bersenam lari setempat, ada seorang pesakit ni cakap " cepat berlari, berlari kejar cinta kita"... terfikir aku sebentar dengar ungkapan dia... sedap jugak bunyinya......
~ Berlari kejar cinta kita~ ............ perluke kita berlari mengejar cinta kita???? sampai bila kita perlu mengejar cinta kita........ ada orang berkata cinta tidak perlu dikejar... cinta akan datang dgn sendirinya.......... ada yang mengatakan untuk mendapatkan cinta kita perlu berusaha... sama lah dengan usaha kita mencari sesuatu pekerjaan......tp ingatlah....... semasa seseorang bayi dilahirkan... TUHAN telah tetapkan baginya, ajalmaut,jodoh pertemuan, ujian dan rezeki........siapa kita untuk mempertikaikannya, siapa kita untuk mempersoalkannya..... Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui......... mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya...........